Saturday, August 6, 2011

BANDUNG

IPG di bawah JPM telah mengadakan usahasama untuk pertukaran minda antara pusat pengajian. Aku sebagai AJK harus melaksanakan tugas dengan dengan jayanya. Walaupun pada peringkatnya macam tak jadi untuk ke Universiti Nasional Bandung tetapi akhirnya tercapai juga hasrat hati. Di sini kami dilayan dengan penuh hormat. Rasa bangga menjadi sebahagian daripada anggota lawatan. Keresahan pada awalnya mula hilang dan kami berseronok menikmati pemandangan, makanan dan budaya ilmu masyarakat di Bandung ini. Sesungguh inilah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Anak-anak didikku E1 begitu teruja sebelum menaiki bas untuk ke lapangan terbang Antarabangsa Malaysia. Terkejut dan tersentak hati dan perasaan aku apabila anak-anak didikku tidak dapat melawat bersama-samaku. Entah, tapi kenapa selesaikan. Aku perlu menguruskannya dengan baik. Akhirnya kami berjaya juga menyelesaikan masalah yang menimpa. Keesokkan harinya mampulah kami bertolak ke Bandung. Di Bandung kami disambut dengan baik pihak pengurusan @ agensi. Bahagia dan teruja. Itulah dua perkataan yang ada. Walaupun di dalam mindaku masalah ada masalah yang belum selesai.
Dalam perjalanan, kami diusik dan dileluconkan oleh pemandu pelancong. Menarik. Semua dia tahu. Pandai pula mengambil hati. Ya....itu kerja dia.....
Selama berada di Bandung kami puas mendengar taklimat di Universiti Nasional Bandung. Sungguh berbeza pembelajaran di sini. Aku rasa tak percaya aku berada di sini. Alhamdulillah kami pulang dengan membawa seribu kenangan yang tidak bisa orang lain faham.





No comments:

Post a Comment