Wednesday, August 10, 2011

KDP PEMBUGARAN BAHASA MELAYU

Selama sebulan kursus ini dijalankan di PLGDP Sg Buluh Hutan Melintang Perak. En Kamarul Azlan selaku penyelaras sentiasa memberikan komitmen yang padu kepada semua penceramah. Pendedahan tajuk kursus ini meliputi semua aspek terutamanya dalam mencari dan mengenengahkan inovasi P&P Bahasa Melayu guru-guru negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Justeru atas kesedaran bahawa semua inovasi harus dikongsikan, maka pihak KPM mengambil inisiatif untuk menjadikan ruang NKRA (MBMMBI) ini sebagai mekanisme untuk menganugerahi sebanyak mungkin idea inovasi yang boleh dilakukan oleh para guru bagi mencapai kecemerlangan bahasa Melayu.

Program ini bertujuan menggalakkan para guru bahasa Melayu di negeri Perak, Kedah dan P.Pinang berinovasi khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran masing-masing dan ini sekaligus akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mata pelajaran tersebut.

Objektif yang ditetapkan ialah mengenal pasti para guru yang dapat melahirkan idea dan usaha dan inovatif dalam   menghasilkan P&P dan produk berkesan untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Kursus ini memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Mereka juga dipupuk dengan budaya inovasi dan perkongsian ilmu dalam kalangan guru cemerlang dan semua guru amnya. Penyediaan saluran bagi para guru menampilkan hasil kreativiti dan inovasi mereka dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru juga diperkayakan dengan amalan terbaik dan produk pembelajaran dan pengajaran di samping menggalakkan para guru berusaha untuk mencari idea baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran.




Dalam penat memerah otak, sempat juga kami meninjau aktiviti peserta di kawasan Teluk Intan di mana ada yang melakukan temuramah, mengambil gambar penangkapan udang dan demonstrasi membuat kuih tradisional. Apa lagi kami pun turut serta melihat keindahan di Teluk Intan ini. Cantik dan menarik. Kawasan sejarah juga mengingatkan kami akan kekejaman Jepun. Alhamdulikkah kini kita MERDEKA.

Para peserta sedang menyiapkan bahan-bahan pameran yang akan diselia oleh beberapa sekolah di sekitar Teluk Intan. seronok mereka kerana dapat mempamerkan hasil kerja yang berkualiti yang ditempa selama sebulan ini.

Para fasilitator berbincang untuk menentukan markah ketika pembentangan dilakukan. Semua peserta melakukan pembentangan dengan baik sekali. Alhamdulillah.



Untuk mengakhiri kursus ini, kami sempat merakamkan kenangan indah di dalam beberapa foto. Semoga kita berjumpa lagi. Salam Kenangan Salam Terindah.



Gambar-gambar bangunan bersejarah dan tempat terindah di Teluk Intan Perak.

Pelan Tindakan Pembugaran
http://www.mediafire.com/?p7a2j893jga2sa9

Tugasan Kumpulan Pembugaran 2011
http://www.mediafire.com/?cdvu1ckdyq4wtlz

No comments:

Post a Comment