Thursday, August 11, 2011

PPG - SUKATAN

PENGENALAN
Ò  Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ò  Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.
Ò  Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ò  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Ò  Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
Ò  Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Ò  Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Ò  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan Huraian dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T).
Ò  Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Ò  Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan.
Ò  Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Ò  Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.


HASIL PEMBELAJARAN
Ò  Hasil pembelajaran ialah penyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Penyataan Hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran  yang perlu dikuasai oleh murid
Ò  Justeru ia juga membantu guru untuk memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.
Ò   Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungkan keempat-empat kemahiran bahasa,sistem bahasa dan pengisian kurikulum.
Ò  Selain itu, hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran umum dan hasil pembelajaran khusus.
Ò  Selain itu, hasil pembelajaran juga boleh dinyatakan dalam bidang kognitif,afektif dan psikomotor.


HASIL PEMBELAJARAN DALAM BIDANG KOGNITIF
Ò  Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Ò  Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom:
Ò  Pengetahuan: Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.
Ò  Kefahaman: Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.
Ò  Aplikasi: Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru
Ò  Analisis: Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.
Ò  Sintesis: Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna.
Ò  Penilaian: Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan 
menggunakan perkataan kata kerja berikut:
      Pelajar dapat:
Ò  mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur 
Ò  memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. 
Ò  mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf. 
Ò  menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara prosedur dalam situasi yang baru.

      Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan 
      menggunakan perkataan kata kerja berikut
      Pelajar dapat :
      Pengetahuan
ÒMelabel,memadan,menama,mendefinisi,mengenal pasti,menyatakan,menyebut dan menyenarai
      Analisis
Ò  Mengira,membanding,memecahkan,menyusun mengilustrasi dan lain lain.
Kefahaman
Ò  Menerang,menambah,menghurai,memberi contoh dan lain lagi.
Aplikasi
Ò Menemui,menghasil,menukar,menyelesaikan,menunjukkan, mengait,mengubah suai dan lain lagi.
Sintesis
Ò  Bercerita,bertutur,berucap,mengarang,mencantumkan, mengelaskan dan lain lagi.
Penilaian
Ò  Membuat kesimpulan,mengkritik,mempertikaikan,menyokong dan lain lagi.


HASIL PEMBELAJARAN DALAM BIDANG AFEKTIF
Ò  Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai.
Ò  Nilai murni sejagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:  baik hati,berdikari,hemah tinggi,hormat  kasih sayang,keadilan,kebebasan  keberanian,kebersihan fizikal dan mental

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut: 
Ò  menyedari tentang sesuatu,menerima sesuatu seperti teguran, nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab, wujudnya perbezan, kepercayaan. 
Ò  memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai, peraturan 
Ò  menghargai sesuatu 
Ò  menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut: 
Ò  bekerja dengan tekun
Ò  tabah belajar dengan tekun 
Ò  berbincang dengan kawan, rakan atau dalam kumpulan
Ò  bercakap dengan sopan santun 
Ò  berdiri tegak

Ò  Guru harus tahu bahawa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai
Ò  Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di kalangan pelajaran semasa pengajaan dan pembelajaran.


HASIL PEMBELAJARAN DALAM BIDANG PSIKOMOTOR
Ò  Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis, membina sesuatu dan mengoperasi mesin atau alat.

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kerja berikut:
      Pelajar dapat:
Ò  bermain sesuatu permainan atau alat muzik
Ò  menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca 
Ò  melakar sesuatu 
Ò  melukis sesuatu 
Ò  memasang sesuatu 
Ò  menaip dengan cara betul 
Ò  mengoperasikan sesuatu alat atau mesin  memasak nasi

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:
Ò  Berenang,mencangkuk,menendang, menjahit,mengacau,menebuk,membakar,memangkas,melompat dan lain lagi.

Ò  Adalah merujuk kepada bahasa melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan,sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.
Ò  Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis
Ò  Aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah dalam mata pelajaran yang lain.
Ò  Terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan seperti aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan,peraturan,sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan,kecerdasan pelbagai,pembelajaran konstruktivisme dan kontekstual.
Ò  Semua elemen ini diaplikasikan oleh murid
Ò  Di samping itu, pendidikan nilai,kewarganegaraan dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

Ò  Aras 1: aras paling asas atau minimum yang harus dicapai oleh semua murid.Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid.
Ò  Contoh: murid bercerita dalam kumpulan tentang aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu.
Ò  Aras 2: aras murid yang berpencapaian sederhana.
Ò  Contoh:murid mengdengar dan menonton rakaman cerita dan menyampaikan cerita yang didengar atau ditonton kepada kelas dengan menggunakan bahasa yang betul
Ò  Aras 3: Aras yang paling tinggi bagi semua murid yang berpencapaian cemerlang.
Ò  Contoh: memilih cerita yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi dan menyampaikan cerita tersebut.

No comments:

Post a Comment