Thursday, August 11, 2011

PPG - FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Apakah Sukatan Pendidikan?

Sukatan pelajaran (SK) ialah satu program pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada kurikulum persekolahan.

Apakah peranan Sukatan Pelajaran? 

Peranan SK adalah sebagai alat penting yang memperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai bagi sesuatu mata pelajaran itu.

Apakah tujuan Sukatan Pelajaran?

Dalam konteks Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ia betujuan memberi panduan kepada guru-guru melaksanakan program pembelajaran dengan berkesan dan dengan ini membolehkan murid-murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan baik untuk tujuan-tujuan berkomunikasi dan kemudahan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.


Apakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat  dan negara demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia, berdisiplin dan bersatu padu pada selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara
¢  Nilai dan kemahiran
¢  Menjadi warganegara yang baik
¢  Bersemangat patriotik
¢  Berakhlak mulia

Ciri-ciri yang terdapat dalam kurikulum isi kandungannya memberatkan ilmu pengetahuan dan menekankan secara berlebihan terhadap persediaan untuk pelajaran tinggi. Penekanan ini telah menyebabkan kurangnya tumpuan kepada perkembangan watak, perwatakan dan sahsiah para pelajar 

Wednesday, August 10, 2011

PM 3311D1 - KERTAS KERJA

PENGENALAN
- Hasil usaha tentang sesuatu yang ditulis untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesebuah bengkel atau seminar.
- Dibentangkan juga untuk urusan-urusan perancangan projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu.
- Kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak dengan diteliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya.


CIRI-CIRI UMUM KERTAS KERJA
  • Kertas Kerja Seminar
    1. Tajuk
    2. Nama penceramah
    3. Nama Institusi
    4. Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
    5. Pengenalan
    6. Perkaedahan
    7. Keputusan
    8. Perbincangan
    9. Rujukan
    10. Lampiran
  • Kertas Kerja Projek/Kajian
    1. Tajuk
    2. Rasional
    3. Objektif/Matlamat
    4. Jangka masa diperlukan
    5. Kumpulan sasaran
    6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa membuta kajian/projek.
    7. Sumber kewangan – perbelanjaan yang diperlukan
    8. Penubuhan jawatankuasa
    9. Menentukan jadual tugas
    10. Pelaksanaannya

CARA MENULIS KERTAS KERJA
Mengenal pasti audien sasaran
    1. Audien ialah khalayak langsung dan serta-merta.
    2. Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu.
    3. Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulan-kumpulan sasar sebelum menulis kertas kerja berkaitan. 
Mengenal pasti bentuk penulisan
    1. Kertas kerja tinjauan - Pastikan kertas kerja itu untuk tujuan memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang pengetahuan baru.
    2. Kertas kerja deskriptif  - Tentukan kertas kerja itu untuk tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu.
    3. Kertas kerja penjelasan - Pastikan kertas kerja itu untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu kejadian yang berlaku.
    4. Kertas kerja perumusan – Tentukan kertas kerja itu untuk mencadangkan tindakan-tindakan tertentu.        
Mengenal pasti bahasa yang digunakan
    1. Penulis perlu mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan gaya penulisan sesuatu bahasa yang digunakan.
    2. Penulisan juga perlu mengikut gaya penulisan yang baik:
a)      Keseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan yang seragam serta selalu merujuk kamus
b)      Kebolehbacaan, iaitu memilih perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidikan audien.
c)       Memenuhi kehendak pembaca, iaitu menggunakan gaya bersahaja tetapi jelas.

Mengenal pasti teknik penulisan
    1. Kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris.
    2. Petikan-petikan yang melebihi dua baris hendaklah diketengahkan dan ditaip dengan langkau satu baris.
    3. Panjang setiap kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan.
Mengenal pasti bahagian-bahagian kertas kerja
    1. Bahagian sinopsis merupakan ringkasan atau abstrak bagi kertas kerja. Bahagian ini penting untuk memberi gambaran umum terhadap initisari utama kertas kerja. Lazimnya tidak melebihi 200 patah perkataan.
    2. Bahagian pengenalan merupakan mukaddimah, iaitu bahagian yang menerangkan latar terhadap kandungan kertas kerja yang lazimnya tidak meelebihi dua muka surat
    3. Bahagian utama merupakan bahagian yang meliputi huraian tajuk, keterangan, penjelasan dan sebagainya yang dipecahkan kepada bahagian – bahagian kecil.
    4. Bahagian penutup memuatkan rumusan atau saranan (jika ada) dan ringkasan kertas kerja berkaitan.
    5. Lampiran meliputi bibliografi, gambar rajah, glosari dan sebagainya.

PROSES MENULIS KERTAS KERJA
Proses sebelum menulis
    1. Tentukan tujuan utama penulisan dan audien yang menjadi sasaran penulis.
    2. Kumpulkan data terkini melalui rujukan perpustakaan dan penyelidikan.
Proses semasa menulis
    1. Tuliskan draf yang melibatkan perkembangan idea dalam rangka penulisan dari segi pemilihan kata, istilah, penstrukturan, pembinaan perenggan, pembinaan idea dan pemilihan jadual/ilustrasi/statistik tertentu.
    2. Tentukan idea utama ditulis dalam satu ayat dan peecahan-pecahan ideanya dihuraikan dalam satu perenggan.
    3. Pastikan wujud kesinambungan dalam penulisan
    4. Tentukan istilah-istilah teknikal diberi penjelasan.
Proses selepas menulis
    1. Sebelum ditaip dan dicetak, manuskrip hendaklah disunting dan diedit.
    2. Pastikan kertas itu memenuhi kehendak audien dan sasaran.

PANDUAN UMUM MENULIS KERTAS KERJA
  1. Tajuk
          Bergantung kepada tujuan kertas kerja dibuat dan meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan.
          Ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15 patah perkataan.

  1. Nama penulis dan institusi (untuk kertas kerja seminar)
          Nama penulis perlulah mengikut kad pengenalan.
          Nama penulis juga hendaklah ditulis tanpa gelaran.
  1. Abstrak
          Ringkasan tujuan dan kandungan kertas kerja.
          Ditulis tidak melebihi 200 patah perkataan.
  1. Pengenalan
          Merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh tetapi ringkas.
          Juga menyatakan apa yang hendak dibincangkan yang ditulis dalam satu halaman kertas kerja itu.
  1. Objektif
          Merupakan tujuan/matlamat sesuatu kertas kerja.
          Lebih merupakan idea penulis dan menentukan daya menarik kepada audien untuk menilai isi kertas kerja tersebut.
          Objektif ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1.1 , 1.1.2 , 1.1.3, dan seterusnya.
  1. Petikan
          Hendaklah ditulis seperti sumber asalnya tanpa sebarang pindaan atau perubahan misalnya dari segi ejaan dan sumber petikan.
  1. Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan
          Senarai rujukan ialah sumber-sumber khusus yang menyokong sesebuah kertas kerja untuk seminar.
          Bibliografi ialah nama-nama buku yang menjadi panduan menulis latar kertas kerja dan berguna kepada audien untuk bacaan lanjutan. Biasanya ditulis di bahagian akhir kertas kerja.
          Nota rujukan pula ialah catatan bahan-bahan atau sumber-sumber yang payah didapati seperti surat peribadi, wawancara melalui telefon atau manuskrip yang tidak diterbitkan. Cara menaip adalah sama dengan senarai rujukan dan bibliografi.
          Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan hendaklah disusun mengikut abjad.
  1. Cara menaip
          Menaip kertas kerja pada kertas berukuran A4 dengan meninggalkan jarak anggaran dua setengah inci di sebelah tepi kiri kertas  dan jarakkan satu setengah inci di bahagian tepi sebelah kanan serta di bahagian atas dan bawah seperti rajah berikut:
          Setiap jadual/rajah hendaklah diberi nombor dan tajuk.
          Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama.
          Gunakan mesin taip atau komputer untuk menaip kertas kerja.

CONTOH-CONTOH KERTAS KERJA
1. Kertas kerja projek - Hari Cemerlang

2. Kertas kerja projek - Hari Keluarga

3. Kertas kerja Seminar Kerjaya

4. Kertas Cadangan Seminar Mengangkasakan Bahasa Melayu

PM 3311D1 - TAKLIMAT


DEFINISI
Taklimat ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau sesuatu yang berlaku.
Lebih jelas lagi taklimat dikatakan sebagai ucapan untuk memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi formal atau kombinasi formal dan tidak formal.

PENYEDIAAN TAKLIMAT
Taklimat memerlukan persediaan yang rapi dengan mempertimbangkan beberapa faktor semasa menyediakannya.
Pertimbangan Khalayak/Hadirin
*      Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan.
*      Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandungan taklimat.
*      Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu dalam penyediaan nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.
Pertimbangan Suasana
*      Suasana dikatakan formal – khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/swasta,pelawat luar negara, atau dif-dif kehormat seperti D.Y.M.M. Sultan, D.Y.T.M. Tengku Mahkota atau Raja Muda.
*      Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal – khalayak terdiri daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya.
*      Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks
*      Teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.
Taraf Khalayak
*      Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya.Pengetahuan ini dapat menolong komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi.
*      Satu taraf khalayak- tetamu terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.
*      Dua taraf khalayak- tetamu terdiri daripada D.Y.M.M. Sultan atau D.Y.T.M. Raja Muda/Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

FORMAT TAKLIMAT
Penyediaan taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir.
1.Taklimat satu taraf khalayak
   (a) Tajuk
   (b) Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
   (c) Kata alu-aluan
   (d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan sedikit ringkasan taklimat
   (e) Kandungan taklimat
   (f)  Penutup
   (g) Sesi soal jawab
2. Taklimat dua taraf khalayak
    (a) Tajuk
    (b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa.  
    (c) Puji-pujian
    (d) Ringkasan sembah taklimat
    (e) Kandungan
    (f ) Sesi soal jawab   

KANDUNGAN TAKLIMAT
Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada:
1. Apa yang hendak dimaklumkan
Taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu.
2. Apa yang khalayak ingin tahu 
Taklimat jenis ini memerlukan penyediaan yang teliti terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temu bual serta menyusunnya dengan baik.

1. KEMAHIRAN
*       Kemahiran mentakrifkan
   - menjelaskan makna-makna yang tepat tentang istilah-istilah dan idea-idea yang dibentangkan
*        Kemahiran menjelaskan
   - menyediakan hujah-hujah yang lengkap terutamanya kepada maklumat-maklumat asas
*       Kemahiran menunjukkan
   - komunikator hendaklah bersedia membuat demonstrasi
*       Kemahiran menceritakan
   - ada ketikanya boleh digunakan untuk memberikan penjelasan yang terpeinci akan sesuatu situasi.
*       Kemahiran membezakan
   - untuk membandingkan dua perkara atau keadaan untuk menyedarkan khalayak antara yang sama dan yang berbeza.
*       Kemahiran melaporkan
   - menyampaikan laporan yang baik, jelas, objektif lengkap dan tepat.
2. BAHAN ATAU ALAT BANTU
3. NADA / INTONASI
*      Sebaiknya, komunikator memulakan taklimat dengan nada dan intonasi yang rendah, kemudian meninggi dan rendah semula apabila smpai ke penghujug takliamat.
*      Nada dan intonasi boleh ditinggikan ketika sesi soal jawab.
*      Jika mempunyai suara yang rendah, mikrofon boleh digunakan untuk meninggikan suara. 




KDP PEMBUGARAN BAHASA MELAYU

Selama sebulan kursus ini dijalankan di PLGDP Sg Buluh Hutan Melintang Perak. En Kamarul Azlan selaku penyelaras sentiasa memberikan komitmen yang padu kepada semua penceramah. Pendedahan tajuk kursus ini meliputi semua aspek terutamanya dalam mencari dan mengenengahkan inovasi P&P Bahasa Melayu guru-guru negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Justeru atas kesedaran bahawa semua inovasi harus dikongsikan, maka pihak KPM mengambil inisiatif untuk menjadikan ruang NKRA (MBMMBI) ini sebagai mekanisme untuk menganugerahi sebanyak mungkin idea inovasi yang boleh dilakukan oleh para guru bagi mencapai kecemerlangan bahasa Melayu.

Program ini bertujuan menggalakkan para guru bahasa Melayu di negeri Perak, Kedah dan P.Pinang berinovasi khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran masing-masing dan ini sekaligus akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mata pelajaran tersebut.

Objektif yang ditetapkan ialah mengenal pasti para guru yang dapat melahirkan idea dan usaha dan inovatif dalam   menghasilkan P&P dan produk berkesan untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Kursus ini memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Mereka juga dipupuk dengan budaya inovasi dan perkongsian ilmu dalam kalangan guru cemerlang dan semua guru amnya. Penyediaan saluran bagi para guru menampilkan hasil kreativiti dan inovasi mereka dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru juga diperkayakan dengan amalan terbaik dan produk pembelajaran dan pengajaran di samping menggalakkan para guru berusaha untuk mencari idea baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran.




Dalam penat memerah otak, sempat juga kami meninjau aktiviti peserta di kawasan Teluk Intan di mana ada yang melakukan temuramah, mengambil gambar penangkapan udang dan demonstrasi membuat kuih tradisional. Apa lagi kami pun turut serta melihat keindahan di Teluk Intan ini. Cantik dan menarik. Kawasan sejarah juga mengingatkan kami akan kekejaman Jepun. Alhamdulikkah kini kita MERDEKA.

Para peserta sedang menyiapkan bahan-bahan pameran yang akan diselia oleh beberapa sekolah di sekitar Teluk Intan. seronok mereka kerana dapat mempamerkan hasil kerja yang berkualiti yang ditempa selama sebulan ini.

Para fasilitator berbincang untuk menentukan markah ketika pembentangan dilakukan. Semua peserta melakukan pembentangan dengan baik sekali. Alhamdulillah.



Untuk mengakhiri kursus ini, kami sempat merakamkan kenangan indah di dalam beberapa foto. Semoga kita berjumpa lagi. Salam Kenangan Salam Terindah.



Gambar-gambar bangunan bersejarah dan tempat terindah di Teluk Intan Perak.

Pelan Tindakan Pembugaran
http://www.mediafire.com/?p7a2j893jga2sa9

Tugasan Kumpulan Pembugaran 2011
http://www.mediafire.com/?cdvu1ckdyq4wtlz

Saturday, August 6, 2011

BANDUNG

IPG di bawah JPM telah mengadakan usahasama untuk pertukaran minda antara pusat pengajian. Aku sebagai AJK harus melaksanakan tugas dengan dengan jayanya. Walaupun pada peringkatnya macam tak jadi untuk ke Universiti Nasional Bandung tetapi akhirnya tercapai juga hasrat hati. Di sini kami dilayan dengan penuh hormat. Rasa bangga menjadi sebahagian daripada anggota lawatan. Keresahan pada awalnya mula hilang dan kami berseronok menikmati pemandangan, makanan dan budaya ilmu masyarakat di Bandung ini. Sesungguh inilah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Anak-anak didikku E1 begitu teruja sebelum menaiki bas untuk ke lapangan terbang Antarabangsa Malaysia. Terkejut dan tersentak hati dan perasaan aku apabila anak-anak didikku tidak dapat melawat bersama-samaku. Entah, tapi kenapa selesaikan. Aku perlu menguruskannya dengan baik. Akhirnya kami berjaya juga menyelesaikan masalah yang menimpa. Keesokkan harinya mampulah kami bertolak ke Bandung. Di Bandung kami disambut dengan baik pihak pengurusan @ agensi. Bahagia dan teruja. Itulah dua perkataan yang ada. Walaupun di dalam mindaku masalah ada masalah yang belum selesai.
Dalam perjalanan, kami diusik dan dileluconkan oleh pemandu pelancong. Menarik. Semua dia tahu. Pandai pula mengambil hati. Ya....itu kerja dia.....
Selama berada di Bandung kami puas mendengar taklimat di Universiti Nasional Bandung. Sungguh berbeza pembelajaran di sini. Aku rasa tak percaya aku berada di sini. Alhamdulillah kami pulang dengan membawa seribu kenangan yang tidak bisa orang lain faham.





Friday, June 10, 2011

BM KONTEKSTUAL - Minggu 2

MINGGU 2 11 JANUARI 2011


1.1KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KIRA BERAPA OBJEK YANG ADA

JAWAPAN

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Suatu proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerimaan mesej oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi maklum balas serta-merta.



menunjuk kepada komunikasi dengan orang lain. Komunikasi jenis ini dibagi lagi menjadi komunikasi diadik, komunikasi publik, dan komunikasi kelompok-kecil.

Model Jendela Johari memusatkan pada keseimbangan komunikasi interpersonal.





Komunikasi Interpersonal juga berlaku secara kontekstual bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologikal. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikuti keadaan-keadaan ini.

Komunikasi interpersonal termasuk:

Komunikasi interpersonal termasuk:

Pidato

Komunikasi nonverbal

penyimpulan

parafrase

Memiliki komunikasi interpersonal yang baik mendukung proses-proses seperti:

perdagangan

konseling

pelatihan

bimbingan

pemecahan konflik

Komunikasi interpersonal merupakan subyek dari beberapa disiplin dalam bidang psikologi, terutama analisis transaksional.

Komunikasi ini dapat dihalangi oleh gangguan komunikasi atau oleh kesombongan, sifat malu, dll.



TEORI KOMUNIKASI INTERPERSONAL

l Antara dua individu

l Mencapai persefahaman, tidak semestinya persetujuan

l Pembentukan hubungan

l Persahabatan, percintaan, kekeluargaan dll



1. Teori Tembusan Sosial

Social Penetration Theory

Altman & Taylor, 1973

Proses menjalin hubungan

Tahap cetek – tidak intim – peribadi

Lebih banyak maklumat, lebih bersifat peribadi komunikasi

Personaliti diri seperti bawang besar



Perkara luaran lebih kerap dan lebih awal diceritakan

Pendedahan ada resiprokal utk perkongsian

Tembusan cepat di prgkt awal, lambat di tengah

Proses kebalikan tembusan



2. Teori Pengurangan Ketidakpastian

Berger (1987)

Uncertainty Reduction Theory

Orang tidak dikenali – tidak pasti

Mengawal kemesraan dgn menambah pengetahuan

Juga dikenali sebagai teori aksiomatik

Tahap-tahap dalam interaksi



Fasa permulaan

Fasa peribadi

Fasa exit



3. Teori Pendekatan Interaksi

Paul Watzlawick (1967)

Interactional View

Memahami proses membentuk dan mengekalkan hubungan interpersonal.

Interaksi sosial - Dysfunctional function keluarga

Aksiom pola komunikasi keluarga

Kita tidak boleh tidak berkomunikasi

Manusia berkomunikasi secara analogik dan digital

Komunikasi mengandungi isu dan hubungan

Hubungan menerangkan kandungan (metacommunication)

Keadaan hubungan bergantung kepada bagaimana setiap pihak menandakan rangkaian komunikasi mereka

Semua komunikasi adalah komplementari



4. Teori Disonan Kognitif

Cognitive dissonance theory

Festinger, 1957

Jika perlakuan tidak menyamai perkara yang kita percaya, maka ketegangan mental atau disonan kognitif akan berlaku

Jika isu penting dan perbezaan kelakuan dan kepercayaan besar, semakin besar disonan/ketegangan yang kita rasa

HIPOTESIS



Pendedahan terpilih menghalang disonan

Disonan selepas membuat keputusan memerlukan sokongan

Jusifikasi minima atau tindakan akan membawa perubahan sikap

BM KONTEKSTUAL - Minggu 1

APA ITU KOMUNIKASI?



Proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada orang lain. Proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mepunyai kefahaman yang dikongsi bersama


Asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan

seseorang yang lain



Kata komunikasi atau communication dalam bahasa inggris berasal dari kata Latin communis yang berarti " sama" communico, communicatio, atau communicare yang berarti " membuat sama" ( to make common). Istilah (communis) adalah istilah yang paling sering disebut sebagai asal – usul kata komunikasi, yang merupakan akar dari kata kata Latin yang mirip.



Komuniksi menyarankan bahwa suatu pikiran, suatu makna, atau suatu pesan di anut secara sama. Kata lain yang mirip adalah komunitas ( community) yang juga menekankan bersamaan dan kesamaan. Komunitas berarti sekumpulan orang yang berkelompok atau hidup bersama untuk mencapai tujuan terntentu dan mereka berbagi makna dan sikap.



Misalkan kelompok partai politik, mereka biasanya menjadi setu kelompok besar yang bisa di sebut community. Di sekolah misalkan ada kelompok kelas satu atau kelompok anak kelas dua mereka bisa di sebut community sekolah dan lain sebagainya. Tanpa komunikasi tidak ada komunitas kenapa ? karena tanpa komunikasi komunitas tidak bisa berbagai pengalaman emosi bersama dan komunikasi menjelaskan adanya kebersamaan itu.


Menurut  Webster New Collogiate Dictionary  dijelaskan bahwa komunikasi adalah “suatu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku”.  Berikut ini adalah bebarapa definsi tentang ilmu komunikasi yang dikemukakan oleh para ahli sebagai berikut :Hovland, Janis & Kelley Komunikasi adalah suatu proses melalui mana seseorang (komunikator) menyampaikan stimulus (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang-orang lainnya (khalayak)


1. PENDAPAT KOONTZ - Pemindahan Maklumat Dari Seorang Ke Seorang Lain


PENDAPAT NEWMANN & SUMMER - Pertukaran Fakta , Idea, Saranan dan Emosi Dua atau Lebih Orang


PENDAPAT KHAN - Pertukaran Maklumat Dan Penyebaran Maksud


PENDAPAT THOMAS R. TORTORELLO - Proses Interaksi Yang Memberi Maksud Ransangan Melalui Pemberian dan Penerimaan Mesej.


PENDAPAT EMERY AUT & AGEEL - Satu Seni Menyalurkan Maklumat, Idea-Idea Dan Sikap-Sikap Dari seseorang Kepada Seseorang Yang Lain


PENDAPAT SCHRAMM & ROBERT - Satu Proses Untuk Mengongsikan Sesuatu Orientasi Terhadap Satu set Tanda-Tanda Maklumat


Berelson & Steiner Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.


Harold Lasswell Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan “siapa”  “mengatakan “apa”  “dengan saluran apa”, “kepada siapa” , dan “dengan akibat apa”  atau “hasil apa”.(who says what in which channel to whom and with what effect).




Barnlund - Komunikasi timbul didorong oleh kebutuhan-kebutuhan untuk mengurangi rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.


Weaver Komunikasi adalah seluruh prosedur melalui mana pikiran seseorang dapat mempengaruhi pikiran orang lainnya.


Weaver Komunikasi adalah seluruh prosedur melalui mana pikiran seseorang dapat mempengaruhi pikiran orang lainnya.




Code Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari semula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih.




Dari berbagai definisi tentang ilmu  komunikasi tersebut di atas, terlihat bahwa para ahli memberikan definisinya sesuai dengan sudut pandangnya dalamelihat komunikasi. Masing-masing memberikan penekanan arti, ruang lingkup, dan konteks yang berbeda.Hal ini menunjukkan bahwa, ilmu komunikasi sebagai bagian dari ilmu sosial adalah suatu ilmu yang bersifat multi-disipliner. Definisi Hovland Cs, memberikan penekanan bahwa tujuan komunikasi adalah mengubah atau membentuk perilaku




Definisi Berelson dan Steiner, menekankan bahwa komunikasi adalah proses penyampaian, yaitu penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain.Definisi Lasswell, secara eksplisit dan kronologis menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam komunikasi, yaitu :-    siapa (pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau sumber.
-     mengatakan apa ( isi informasi yang disampaikan) kepada siapa (pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaran penerima)


-     melalui saluran apa (alat/saluran penyampaian informasi)


-     dengan akibat/hasil apa (hasil yang terjadi –pada diri penerima)




Definisi Lasswell ini juga menunjukkan bahwa komunikasi itu adalah suatu upaya yang disengaja serta mempunyai tujuan. Definisi Gode, memberi penekanan pada proses penularanpemilikan, yaitu dari yang semula (sebelum komunikasi) hanya dimiliki oleh satu orang kemudian setelah komunikasi menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih.Definisi Barnlund, menekankan pada tujuan komunikasi, yaitu untuk mengurangi ketidakpastian, sebagai dasar bertindak efektif, dan untuk mempertahankan atau memperkuat ego.


Berdasarkan definisi-definisi tentang komunikasi tersebut di atas, dapat diperoleh gambaran bahwa komunikasi mempunyai beberapa karakteristik sebagai berikut


Komunikasi adalah suatu proses


Komunikasi sebagai suatu proses artinya bahwa komunikasi merupakan serangkaian tindakan atau peristiwa yang terjadi secara berurutan (ada tahapan atau sekuensi) serta berkaitan satu sama lainnya dalam kurun waktu tertentu


Komunikasi adalah suatu upaya yang disengaja serta mempunyai tujuan.


Komunikasi adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara  sadar, disengaja, serta sesuai dengan tujuan atau keinginan dari pelakunya.


Komunikasi menuntut adanya partisipasi dan kerja sama dari para pelaku yang terlibat kegiatan komunikasi akan berlangsung baik apabila pihak-pihak yang berkomunikasi  (dua orang atau lebih) sama-sama ikut terlibat dan sama-sama mempunyai perhatian yang samaterhadap topik pesan yang disampaikan




Komunikasi bersifat simbolis


Komunikasi pada dasarnya merupakan tindakan yang dilakukan dengan menggunakan lambang-lambang. Lambang yang paling umum digunakan dalam komunikasi antar manusia adalah bahasaverbal dalam bentuk kata-kata, kalimat, angka-angka atau tanda-tanda lainnya.


Komunikasi bersifat transaksional Komunikasi pada dasarnya menuntut dua tindakan, yaitu memberi dan menerima. Dua tindakan tersebut tentunya perlu dilakukan secara seimbang atau porsional.


RUMUSAN


Komunikasi menembus faktor ruang dan waktu Maksudnya adalah bahwa para peserta atau pelaku yang terlibat dalam komunikasi tidak harus hadir pada waktu serta tempat yang sama. Dengan adanya berbagai produk teknologi komunikasi seperti telepon, internet, faximili, dan lain-lain, faktor ruang dan waktu tidak lagi menjadi masalah dalam berkomunikasi.