Tuesday, April 10, 2012

Cerpen Di Hujung Kaki


Timah gadis kecil molek berusia tujuh belas tahun, tinggal bersama-sama kedua emak dan ayahnya di sebuah kampong yang agak pendalaman letaknya di Seberang Perak.  Perwtakannya sederhana, rajin, kuat semangat, berani dan ada kalanya menurut apa sahaja yang disuruh ibu bapa tanpa membantah kadang kala dia ikut kehendak hati sendiri.  Dia tidak menggemari melakukan kerja sebagai seorang perempuan seperti memasak dan mengemas rumah.  Setiap kali emak meminta dia membantu kerja dapur, ada sahaja alas an diberi. Pendek kata kerja anak gadis sebaya dia langsung tidak gemari.  Timah nak dikatakan tomboy ttak juga kerana dia masih bersopan mengenakan baju kurung setiap kali keluar dari rumahnya.  Selain dari memamkai baju kurung, Timah juga menutup kepalanya dengan kain batik.  Timah Cuma suka melakukan kerja berat biasa dilakukan lelaki.  Timah lebih rela pergi ke bendang atau sungai dan ban menjala ikan bersama ayah setiap hari daripada menolong emak memasak dan mengemas rumah. 
Timah lebih rapat dengan ayahnya berbanding emaknya.  Apabila ayahnya pergi menangkap ikan seperti menjala, menahan lukah atau memancing, Timah pasti tidak melepaskan peluang mengikut ayah.  Kadang-kala Timah suka mencuba-cuba menjala ikan.  Tapi tak pernahnya betul Caranya.  Pak Tam hanya tersenyum melihat anak gadisnya mencuba-cuba menebar jala.  Banyak kali dia mencuba tapi masih tidak betul.  Akhirnya Pak Tam mengajar anaknya bagaimana menebar jala.  Alangkah gembira Timah ayahnya sudi mengajar dia menebar jala.
                        “Mah, mari ke sini nak! Ayah nak ajar kamu bagaimana nak menjala.”
Mendengar saja pelawaan ayahnya Timah melompat kegirangan.
                        “Mah datang ayah!......
                        “Macam ni cara pegang jala”  “Macam ni ke ayah?” “Macam tulah…
Cuba Timah tebar ayah nak lihat.”
                        “Pandainya anak ayah ni.. baru sekali tebar dah boleh.. Kalau macam tu ayah dan boleh jadi pemerhati aje.”  Tersipu-sipu Timah bila dipuji ayah.
                        Pagi esok bolehlah menjala, ayah tengok je.”
                        “Betul ke ayah?” Tanya Timah.  “Betul,”  jawab Pak Tam. Timah masuk ke biliknya.  Dalam hatinya dia tak sabar hendak menunggu esok.  Dia nak menjala dan dapatkan ikan banyak.  Dalam perkiraanya, Timah tidak sedar bila dia tidur, tiba-tibe je matanya terpejam, sedar-sedar hari dan siang.  Selepas solat subuh Timah menunggu-nunggu ayahnya memanggil untuk menjala ikan. Bila mendengar ayahnya memanggil, Timah meluru ke hadapan ayahnya.  Selepas sarapan pagi, mereka pun  pergi ke ban yang terletak lebih kuran gsaut kilometer dari rumah mereka.  Meraka menaiki sebuah basikal using tinggalan arwah datuknya.  Timah duduk di belakang basikal sambil memegang serawan jala yang diletakkan di dalam baldi.  Sampai sahaja di ban tempat yang dituju, Pak Tam menyandar basikal tersebut di sepohon pokok pisang yang berada di tepi ban tersebut.  Basikal tua begitu sudah lama tak ada tongkatnya.  Timah terus sahaja mengeluarkan jala dari baldi lalu meminta ayahnya memegang baldi tersebut.
                        “Biar Mah cuba ya, ayah?”  Pak Tam menganggukkan kepalanya.  Timah terus memgang jala lalu menebar ke dalam ban tersebut.  Timah menarik  perlahan-lahan jala itu.  Jala itu kelihatan sedikit bergetar.  Hati Timah menyatakan bahawa aka ikan yang telah mengena.  Setelah ditarik, Kelihatan dua ekor anak ikan lampam dan seekor ikan puyu.  Timah gembira kerana pertama kali menjala dia  dah dapat tiga ekor ikan.  Tanpa berlengah-lengah, dia mengeluarkan dua ekor ikan lampam terlebih dahuliu.  Kemudian, Timah cuba mengeluarkan ikan puyu pula.  Ketika dia memegang ikan puyu itu, tangannya terkena sirip puyu yang tajam.
                        “Aduh,  sakitnya ayah…”Dia menjerit kesakitan.  Pak Tam mendapatkan  anaknya.  Pak Tam memicit tempat yang luka agar dia dapat melihat sama ada terdapat sirip puyu atau benda lain di dalam kulit tapak tangan Timah.  Apabila mendapati tiada apa-apa, Pak Tam mengoyakkan kain pelikat yang selalu dipakainya seperti serban di kepala.  Kain itu agak lusuh maka dengan mudah Pak Tam mengoyaknya.
                        “Bukakan tapak tangan Mah, biar ayah balut dengan kain ini.”  Timah membuka tapak tangan kanannhya dan Pak Tam membalut luka tersebut.  Pak Tam mengambil jala lalu memasukkan ke dalam baldi.  Dia menggantungkan baldi itu di handle basikal.
                        “Tangan Timah yang luka mungkin tidak mampu untuk memegang baldi tersebut.”  Bisik hatinya.  Timah duduk di lantin basikal dengan muka monyuk.  Pak Tam mengayuh perlahan basikal tua itu menuju ke pondok using mereka.  Dalam perjalanan pulang, Pak Tam disapa oleh Pak cik Idin,
                        “Ini ha, Timah terkena sirip puyu udah le meraung.  Tak jadi aku nak menjala sampai hujung ban.”  Keluh Pak Tam sedikit kesal.  Timah juga berasa amat kesal dengan kejadian itu,  mengapakah dia tidak berhati-hati ketika mengeluarkan puyu tadi.  Kalau tidak bolehlah dia menebar jala banyak kali.  Dahlah itu merupakan pertama kali untuk dia menjala, alih-alih begitu jadinya.  Kekesalan menebal di hatinya.

            Suatu petang, rumah Pal Tam dan Mak Siah didatangi oleh Pak Seman dan Mak Yam yang merupakan jiran kampong seberang.  Mereka membawa hajat besar merisik Timah untuk anak buah mereka Hassan.  Hassan merupakan seorang lelaki yang melakukan kerja kampong seperti mengusahkan bendang dan menangkap ikan di sungai atau ban.  Pak Tam dan Mak Siah menerima peminangan tersebut dan sebulan selepas itu mereka berkahwin.  Perkahwinan mereka seperti rumahtangga orang lain  bahtera yang dibina kadang-kadang terumbang-ambing ditiup angin, bergelora dipukul badai.  Hassan lelaki yang dilihat oleh mata orang lain merupakan suami yang bertanggungjawab dan agak peramah dengan masyarakat sekeliling. Hassan juga disenangi oleh ramai wanita.  Entah mengapa pandangan orang lain dia begitu sempurna sedangkan hanya Timah sahaja yang tahu perangai buruk Hassan suaminya.  Hassan selalu pulang lewat malam kerana bermain mahjung.  Kadang-kala hingga jam 3.00 pagi atau 4.00 pagi barulah Hassan pulang ke rumah.  Bila pulang ke rumah, dia pasti mengamuk kerana Timah lambat membuka pintu.  Kadang-kadang Timah disepak terajang oleh Hassan. Timah sabar orangnya.  Perkara begitu berlarutan hingga anak mereka serami 5 orang.  Walau apa pun  yan g dilakukan oleh Hassan terhadapnya, dia tetap sabar dan kalau melawan pun dengan kata-kata sahaja.  Kadang-kadang Timah berendam air mata kerana kehidupannya begitu.  Ada kalanya dia menyesali akan nasibnya yang begitu tetapi dia pasrah akan hidupnya.

                        “Ya Allah kenapalah seksanya hidup aku ini, siang aku bekerja, suamiku hanya membuat kerja yang ringan sahaja tetapi kenapakah aku selalu dimaki hamun begitu?” Mengalir air mata Timah  membasahi telekung yang dipakai.  Itulah doa yang selalu diucapkan oleh Timah.  Walaupun Hassan bekerja kampung seperti mengusahakan bendang tetapi kerja-kerja itu dilakukan oleh Timah sendiri.  Hassan umpama mandor yang membuat penyeliaan dan memberi arahan terhadap pekerja.  Timah yang dah biasa melakukan kerja-kerja berat tidak pernah mengeluh.  Selepas melakukan kerja-kerja bendang, Timah pulang ke rumah melaksanakan tenggungjawab sebagai emak dan isteri.  Nasib baiklah anak-anaknya memahami situasi dirinya.  Dalam kepenatan Timah akan melayan anak-anak dan malam pula melayan suaminya.  Setiap hari kehidupan Timah seperti robot yang tidak pernah berhenti bekerja.  Air mata  yang gugur  daripada kelopak matanya sudah menjadi perkara biasa setiap kali diherdik oleh suaminya.  Hassan selalu memaki hamun dengan perkataaan bodoh kepada Timah.  Perkataan itulah yang selalu diucapkan oleh Hassan.  Zali anak sulung merupakan seorang anak yang agak pendiam.  Dia hanya menjadi penonton apabila ayahnya mengherdik emaknya. Apalah yang mampu silakukan oleh dia dan adik-adiknya Azam, Darus, Odah dan Jiji. Opahnya selalu berpesan,




3 comments:

  1. Assalam.. tak habis ke ceritanya cik Hajjah..

    ReplyDelete
  2. Laaa..... tengah kusyuk bace ni..... cik hajjah cerpen bersiri ke.....

    ReplyDelete
  3. Mana cerita sambungannya..............

    ReplyDelete