Tuesday, April 10, 2012

Kursus Teknik Bercerita Dalam P&P Bahasa Melayu


MBM Siri 4: Kursus Teknik Bercerita Dalam P&P Bahasa Melayu
Program Memartabatkan bahasa Melayu Siri 4 iaitu “Teknik Bercerita Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu” telah dijalankan pada 3.04.2012 hingga 5.04.2012. Seramai 25 orang guru sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Kangsar telah menyertai program ini. Seramai tiga orang fasilitator telah terlibat mengendalikan program ini yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Ipoh iaitu Puan Norainah bt Mohd Saleh, Puan Normah bt Kamarodzan dan En Ahmad Salleh b. H. Ahmad. Manakala JPN Perak telah menghantar Encik Mior Abdul Rahman b Mior Muhammad sebagai pegawai pemantau MBM (daerah Kuala Kangsar). Kursus ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan tentang aplikasi teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah.  Guru-guru telah didedahkan dengan pelbagai teknik bercerita seperti teknik bercerita tanpa alatan, teknik bercerita dengan ikatan dan lipatan, teknik bercerita menggunakan boneka dan model, teknik bercerita menggunakan lakaran di atas kertas, pasir dan papan putih. Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.
Selain itu, dapat menyedarkan mereka bahawa kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara individu. Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita semula setelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Guru pula perlu menerima cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Dari situ guru boleh membantu kanak-kanak ‘mengembara’ ke dalam dunia imaginasi dengan mendengar dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Suasana bercerita dan mendengar cerita ini dapat mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak di samping
mereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik. Guru mungkin boleh memberi arahan awal supaya kanak-kanak mendengar dengan baik, barulah guru akan mula bercerita. Jika pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesi melatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul. Bercerita juga dapat memperkenalkan kosa kata baru bersesuaian dengan isi. Seboleh-bolehnya guru perlu berusaha untuk memperkenalkan beberapa perkataan baru setiap kali bercerita kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan mudah belajar makna kata apabila digunakan dalam konteks yang sesuai. Banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dengan menggunakan dalam cerita, kanak-kanak dapat menyesuaikan kegunaan kata dengan konteks yang sesuai. Walau bagaimanapun, guru perlu elakkan memperkenalkan terlalu banyak perkataan dalam satu-satu masa kerana ianya mungkin akan mengelirukan kanak-kanak. Sekiranya ada perkataan baru yang telah diperkenalkan, guru bolehlah membuat sedikit persediaan dengan menuliskannya pada kertas imbasan dan dilekatkan di papan ‘flannel’ atau dinding kelas supaya mudah diingat oleh kanak-kanak. Daya imaginasi sewaktu bercerita dapat merangsang penggunaan bahasa yang baik. Kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang diminati dan bercerita sangat menarik perhatian mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai minat yang berbeza terhadap cerita. Kanak-kanak lelaki misalnya lebih meminati cerita-cerita binatang. Kanak-kanak perempuan pula mungkin lebih sukakan cerita ‘Cinderella’ atau ‘Red Riding Hood’ kerana ceritanya mengisahkan perihal kecantikan puteri. Walau bagaimanapun, guru biasanya menghadapi sebuah kelas yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan juga
perempuan. Oleh itu adalah sukar bagi guru untuk mengadakan sesi bercerita yang berasingan kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengimbangkan cerita seumpama itu supaya mengandungi aksi-aksi lasak. Oleh itu kedua-dua kanak-kanak dapat menikmatinya. Kanak-kanak perempuan menggemari kecantikan puteri, dan kanak-kanak lelaki menggemari aksi-aksi lasak tersebut. Tugas berat itu perlulah dibuat oleh guru sebelum mula bercerita supaya penceritaan akan menjadi licin dan lancar. Bercerita dapat menjadi cara yang sesuai untuk mengenali keunikan individu. Sewaktu aktiviti bercerita dijalankan, guru dapat mengenal pasti ciri-ciri tertentu dalam setiap pelajarnya. Ada kanak-kanak yang dapat duduk dan mendengar dengan baik, ada kanak-kanak yang hanya boleh duduk diam selama beberapa minit sahaja, ada kanak-kanak yang suka mengganggu rakan sewaktu sesi berlangsung, ada kanak-kanak yang suka mengambil bahagian dalam bercerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru dapat mengenal perangai setiap pelajar di bawah penyeliaannya. Perkara ini penting bagi
mereka untuk mengawal kelas sewaktu pengajaran berlangsung. Sewaktu sesi bercerita, guru dapat menunjukkan contoh kepada pelajar untuk dijadikan panduan dan pedoman hidup. Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik, berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativiti guru. Namun perlu diingat iaitu elakkan memberi penekanan yang terlalu berat terhadap pemupukan nilai sehinggakan sesi bercerita bertukar menjadi sesi ceramah. Keadaan ini tidak dapat meninggalkan impak yang positif terhadap pelajar. Sekiranya keadaan ini berlaku, pelajar akan berasa bosan dan enggan memberi kerjasama pada masa-masa akan datang. Misalnya terdapat watak tertentu dalam cerita yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru bolehlah mengaitkannya dengan mengambil pelajar-pelajarnya.Secara tidak langsung kanak-kanak itu akan terasa dihargai kerana dilibatkan dalam penceritaan. Perkara ini dapat menaikkan imej kendiri mereka.
  • Kursus ini justikasinya untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
  • Dalam kursus ini tiga orang penceramah dari IPG Kampus Ipoh telah menyampaikan ceramah mengikut tajuk masing-masing. Pn Norainah bt Mohd Salleh meneraju hari pertama dengan slot Pengenalan dan Boneka pada hari kedua. En Ahmad Salleh b. H Ahmad pula menyampaikan tajuk Bercerita Tanpa Tali dan Bertali. Manakala Pn Normah bt Kamarodzan menyampaikan ceramah bertajuk Lakaran. 
·         Aktiviti perbengkelan dapat memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan guru sekolah rendah supaya impaknya dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. Murid-murid berminat untuk mengikuti pelajaran Bahasa Malaysia. ·         Aktiviti kumpulan dibuat untuk melihat kerjasama dalam kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-ciri penting ialah:
·         1.  Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih  prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik
·         2.  Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan
·         3.  Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan
·         4.  Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab
·         5.  Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk
·          6.  Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif. Banyak perkara yang perlu difikirkan sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita bersama
pelajar.
·        
1. Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan
·         Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadangkadang buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukar mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran kanak-kanak iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Oleh itu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita sebegini dan mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak-kanak. Benar atau salah cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah berjaya.
2. Bina peta atau carta alir cerita
·         Manusia memang mempunyai sifat lupa. Tidak terkecuali bagi guru. Oleh itu, guru bolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita dan mengelakkan lupa. Semua ini perlu dilakukan supaya guru tidak tersekat-sekat sewaktu bercerita. Tambahan pula jika ada pelajarnya yang suka mencelah atau menimbulkan masalah semasa sesi berlangsung. Selepas menangani masalah pelajar, guru terlupa di mana dia telah berhenti. Perkara ini akan membuatkan pelajar berasa kecewa. Kalau guru menyediakan peta cerita, perkara ini dapat dielakkan. Walaupun terganggu, guru tetap dapat menyambung ceritanya dengan baik. Walau bagaimanapun, gangguan seumpama itu dapat mengurangkan keseronokan kanak-kanak mendengar cerita, dan seboleh-bolehnya dielakkan oleh guru. ·        
3. Sediakan alat bantu yang sesuai
·         Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi bercerita. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambar binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepada penceritaan yang menarik.
·        
5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai.
·         Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya suara yang “monotonous” dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar akan jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusan ‘tiada gaya’ bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.

6. Sediakan pakaian khas jika perlu
·         Sesuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan pakaian khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan “mood” kanak-kanak, ia juga dapat menjadikan sesi lebih “real”. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atau terlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk membezakan antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagian yang aktif dalam sesi tersebut. Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti bercerita, sesi tersebut akan menjadi sangat bermakna dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu darinya. Banyak perkara yang boleh dilakukan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru. Memilih Cerita Untuk Kanak-kanak
·        
Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih cerita untuk digunakan dengan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah plot cerita, iaitu struktur penceritaan. Kita biasa mendengar kanak-kanak bertanya “Seronok tak cerita tu?”. Yang dimaksudkan oleh kanak-kanak itu ialah adakah cerita itu bagus kerana plot diumpamakan seperti benang yang menjahit dan mencantumkan peristiwa cerita serta menceritakan apakah yang berlaku kepada watak-watak dalam cerita itu. Baik plot cerita, baiklah cerita itu. Plot yang baik berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak-watak, dan bukannya terjadi secara disengajakan. Cerita yang mengandungi sub plot yang banyak juga boleh mengelirukan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah, memadai cerita yang mempunyai satu plot utama sahaja.·        
Latar cerita juga penting kepada kanak-kanak. Latar masa boleh jadi pada masa sekarang, yang sudah lepas, atau masa akan datang. Begitu juga dengan latar tempat. Boleh jadi di tempat yang biasa dengan kanak-kanak atau fiksyen semata-mata. Walau bagaimanapun, latar yang dipilih perlu bersesuaian dengan watak yang digunakan. Guru boleh mempelbagaikan cerita yang digunakan, bukannya memilih jenis cerita yang sama sahaja, bagi mengelakkan kebosanan.
·        
Tema cerita yang dipilih untuk kanak-kanak juga penting. Ianya bergantung kepada tujuan guru menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Kadang kala terdapat buku-buku cerita yang mengandungi makna yang berlapis, iaitu yang tersirat. Guru perlulah pandai mencungkil
segala tema ini supaya kanak-kanak akan mendapat impak yang optimum. Tema yang hendak dipilih perlulah yang sesuai untuk dipupuk kepada kanak-kanak, seperti adil, jujur, dan seumpamanya. Ini kerana tidak semua nilai yang hendak didedahkan kepada kanak-kanak pada peringkat itu. Memadai kalau mereka dididik untuk bertolak ansur dengan rakan-rakan, boleh berkongsi permainan, boleh menghormati rakan ketika rakan
bercakap, tidak merampas barangan rakan, dan seumpamanya. Melalui cerita, guru dapat menyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan meneguhkannya selepas cerita selesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan kanak-kanak. Buku-buku yang mengandungi pengenalan konsep-konsep mudah seperti saiz, bentuk, dan warna bolehlah diperkenalkan. Perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu dapat membangkitkan minat kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti membaca. Oleh itu buku-buku mengenai ‘mengapa sesuatu itu begitu’, dan ‘mengapa perkara ini begini’ sangat menarik perhatian mereka. Contohnya fenomena cuaca, binatang, alam sekitar, dan sebagainya. Selain itu kanak-kanak juga sangat sukakan cerita-cerita pengembaraan.  Yang pentingnya tema cerita dapat membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak kerana dari situlah mereka belajar mengenai diri mereka, rakanrakan,dan dunia seluruhnya. ·        
Watak juga memainkan peranan yang penting apabila memilih buku untuk kanak-kanak. Watak-watak yang hidup dan ‘real’ seperti orang-orang yang dikenali sesuai dipilih. Kadang-kadang ada buku yang menggunakan watak-watak binatang tetapi jika dilukiskan dengan sesuai, juga berkesan. Maksudnya watak-watak itu perlulah mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Cara pengarang memperkenalkan watak juga pelbagai. Ada yang memperkenalkan secara terus, ada yang diperkenalkan oleh watak lain dalam cerita, ada yang diceritakan melalui dialog-dialog tertentu. Malah ada watak yang tidak diperkenalkan tetapi dapat dikesan melalui aksi-aksi tertentu. Namun perlu diingat bahawa, perwatakannya perlulah tekal, tetapi bukannya sentiasa baik atau jahat semata-mata. Segala perlakuan dan percakapan watak perlulah sesuai dengan umur, budaya, dan taraf pendidikan. Watak-watak juga tidak boleh terlalu banyak sehingga boleh mengelirukan kanak-kanak. Biasanya buku yang baik hanya mengandungi empat watak sahaja. Ini membolehkan kanak-kanak mengikuti cerita watak-watak tersebut dengan mudah. Mungkin guru boleh membincangkan secara tidak formal tentang
masalah-masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita dan kaitkan dengan diri kanak-kanak. Dengar jika kanak-kanak mengemukakan pendapat mereka tentang watak-watak yang telah dibaca. ·     
Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting diberi perhatian sewaktu memilih buku cerita kepada kanak-kanak. Cara pengarang memilih kata-kata dan ayat untuk mengaitkan plot dapat memberi keseronokan sewaktu membacanya. Gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita menjadi logik dan diminati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak tidak sukakan cerita yang terlalu deskriptif, tetapi cerita yang mengandungi rima-rima tertentu dapat menarik perhatian mereka. Buku cerita yang mengandungi lagu-lagu tertentu juga memberikan keseronokan kepada kanak-kanak. Oleh itu pilihlah buku cerita yang mengandungi ayat-ayat mudah kerana ayat kompleks yang panjang membosankan pelajar kerana sukar difahami. Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan.
·        
Format buku cerita juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak. Faktor-faktor saiz, bentuk, reka bentuk halaman, ilustrasi, pemilihan huruf, dan kualiti kertas boleh mempengaruhi minat mereka terhadap sesebuah buku. Buku yang mengandungi banyak gambar yang berwarna-warni tentunya menarik dan kanak-kanak suka. Selain membaca, mereka juga dapat menikmati gambar yang cantik. Tidak mustahil jika kanak-kanak dapat mencipta cerita mereka sendiri berdasarkan gambar dalam buku cerita tersebut. Tulisan yang menarik dan saiz yang sesuai boleh membuatkan mereka tertarik untuk membacanya. Kanak-kanak yang masih dalam peringkat belajar membaca akan lebih mudah membaca tulisan yang besar. Buku cerita yang menggunakan format tulisan mengikut suku kata juga dapat membantu kanak-kanak belajar membaca. Selain itu bentuk buku yang senang dipegang juga mempengaruhi minat kanak-kanak. Tidak hairanlah jika kebanyakan buku kanak-kanak yang menggunakan kertas tebal dan berkualiti lebih digemari berbanding buku biasa dengan kertas nipis. ·        
Namun, sebelum membaca sesebuah buku kepada kanak-kanak, guru-guru atau sesiapa sahaja perlu membacanya terlebih dahulu. Pastikan cerita/idea yang ingin disampaikan melalui buku tersebut dapat menyentuh hati kanak-kanak. Untuk membantu memilih buku yang sesuai dan menjadikan sesi membaca cerita atau bercerita itu efektif, guru perlulah mempunyai panduan-panduan tertentu seperti pilihlah buku-buku yang dapat menggambarkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Misalnya dalam usia enam tahun, biasanya apakah perkara yang sering bermain di fikiran kanak-kanak. Kemungkinan isi cerita yang berkaitan dengan permainan, binatang, dan seumpamanya adalah menarik minat mereka. Buku cerita yang dipilih juga sebaikbaiknya dapat menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak. Misalnya mengandungi lagu atau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan bersama-sama. Walaupun tujuan utama mendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu diingat bahawa kanak-kanak juga perlu belajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan unsurunsur kognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai dan pengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita yang dipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Tidak perlu menyelesaikan masalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu mencantum dan menyusun gambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah. ·        












 Kesimpulan
Minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu disemai sejak kecil dan sentiasa dipupuk secara berterusan. Orang dewasa memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tabiat yang baik ini menjadi sebati dengan kanak-kanak. Kesediaan orang dewasa menghabiskan masa yang berkualiti dengan kanak-kanak akan membantu mereka mengenal potensi diri sendiri. Selain itu orang dewasa juga perlu membantu kanak-kanak memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan usia dan minat mereka. Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, biasanya kanak-kanak akan membesar dan menjadi individu yang gemar membaca dan meneroka ilmu pengetahuan.

Friday, March 23, 2012

Mesir

KLIA,19/12/2010
bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur ke Cairo International Airport. Selamat sampai di lapangan terbang pada jam 10.00 malam. Jadual penerbangan jam 12.15 pagi menaiki Egypt Air dan lepak-lepak di lapangan terbang Kuala Lumpur. Selamat tiba di KLIA jam 3.50 petang. Kami menaiki Egypt Air jam 12.30 pagi. Sampai di Lapangan International Cairo,20/12/2010.Tiba di Lapangan Terbang Cairo jam 5.30 pagi. Menuju ke tempat penginapan. Selepas itu pada jam 10.00 pagi kami melawat Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Besar dan menarik. Dari situ kami pergi ke National Military Museum. Di sebelahnya ada Masjid Sulaiman. Cantik masjidnya. Tapi musim sejuk menyebabkan pemandangannya sayu sahaja. Selepas itu kami ke Masjid Ibnu Tholun. Masjid yang kena sumpahan. Inilah rupa masjid yang kena sumpah. Kemudian kami pergi ke Masjid Rifae dan Masjid Sultan Hassan yang berhadapan antara satu sama lain. Di sini kami melihat  Masjid Sultan Hassan yang mempunyai  4 bilik bagi 4 mazhab iaitu Mazhab Imam Syafie, Mazhab Imam Hanafi, Mazhab Imam Hambali  dan Mazhab Imam Ghazali. Di sini pada zaman dahulu merupakan tempat belajar untuk mempelajari agama Islam. Pada masa kini tempat ini hanya satu kawasan lapang sahaja. Kemudian kami ke Masjid Rafie yang meletakkan  makam Raja Farouk.  Di sini juga ada Masjid Imam Syafi. Di ini juga terletaknya makam Imam Syafie. Kita boleh melihat kesan tapak kaki Imam Syafie. Menarik bukan? Sampai di rumah tumpangan badan penat. Tak sempat nak mandi. Lagipun sejuk tak apa tak mandi. Tak ada bau pun.

Keesokan harinya kami bertolak dengan menaiki van yang disewa menuju Giza.(21/12/2010). Di Giza ada Pyramid. Luas dan sayup mata memandang. Setelah mebuat pembayaran kami pun masuk. Wow luasnya..Larat ke aku nak menjelajah tempat ini. Begitu besar Piramid ini. Setelah bergambar dan badan menjadi penat kami pun mula bergerak ke As-Safour. Di sini kami melihat kecantikan batu-batu permata dan kristal. Aku teringat Aina lalu membeli seuntai rantai tangan. Pada aku cantik padan dengan harganya. Kemudian kami bergerak ke Masjid Al-Azhar. Masjid Al Azhar ini ramai pengunjung yang datang. Ketika kami memasuki kawasan beribadah ini kami sempat solat dan dapat melihat penggambaran kuliah. Seorang ustaz yang saya tak kenal sedang memberikan kuliah dikeleilingi anak-anak muridnya. Setelah bergambar kami pun keluar. Selepas itu kami ke Masjid Saidina Husain. Masjid cucu Rasulullah. Banyak tulisan khat terukir di bangunannya. Cantik tulisan khat tersebut tetapi nak baca tak faham bahasa Arab. itulah malas belajar.

Pada 22/12/2010 kami ke Fayoum.
Di kawasan inilah terletaknya kebun-kebun sayur seperti kobis, karot, cili, dan banyak lagi. Begitu juga buah-buahan seperti limau. Buahnya besar dan manis. Setelah bergambar kami bertolak ke Tasik Qarrun. Tasik ini agak kotor dan begitu luas sekali. Airnya berombak-ombak seperti menyambut kedatangan kami. Airnya mengalir lembut. Hati aku sayu melihat kebakhilan manusia dulu dan kini pun masih ada lagi. Sehari perjalanan memang tak dapat nak melihat sepenuhnya Tasek Qarrun ini. Menurut ceritanya masih ada harta karun di tasek tersebut. Setelah menjamu selera kami bertolak Kincir Nabi Yusuf. Kincirnya masih cantik. Mungkin dijaga dengan baik. Di kawasan ini penuh dengan tahi kuda. Kuda merupaka pengangkutan utama rakyat di sini. Kawasannya tidak bersih. Ada banyak kedai kain. Aku apa lagi shopping le.... beli itu ini. Pada malam itu kami bertolak menuju ke Mansourah kami sampai lewat malam.

Sampai di sana kami menginap di rumah pelajar Malaysia yang menetap di sana iaitu Azah, dan khalida. Khalida ni rupanya anak murid aku...Dah besar dan cantik pula tu. Tarikh di Mansourah ialah 23/12/2010

Perancangan kami akan bertolak pula ke Port Said. Di sini merupakan kawasan kerang yang banyak lagi sihat. Sebab kerangnya gemuk.Sebelum balik singgah di pantai kutip kerang. Dapatlah kami seguni. Pelajar-pelajar yang turut serta kami mengangkat kerang untuk dimasak. Buat rendang kata mereka. Selepas itu kami shopping lagi.. Apa lagi akulah yang paling gembira. Tambahan pula kakak memberi wang tambahan.

Pada 24/12/2010 kami pergi makamtapi aku tak ingat makam sia[pa tapi makam ini adalah makan orang alim. Kemudian singgah kat ladang buah limau dan sayur kubis untuk tangkap gambar. Selepas itu, pergi menziarahi makam anak Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Di sini kami solat dan membacakan surah yasin. Selepas itu menziarahi makam anak Abu Bakar yang dikatakan oleh orang Yahudi anaknya telah memeluk agama lain. Makam ini ada dua ada di masjid dan di gereja. Hanya Allah yang tahu mana yang betul. Amin. Kemudian kami pergi ke  Raas Elbar. Di sini banyak menjual pakaian seperti jubah dan baju sejuk. Aku membeli beberapa pasang jubah dan baju sejuk.  Selepas itu kami bergerak ke tempat pertemuan sg. Nil dengan laut Mediterranean. Alangkah menakjubkan. pertemuan yang sama sekali tidak diduga. Airnya tidak bercampur antara masin dan tawar. Pelik tapi benar.



Pada 25/12/2010 kami bertolak ke Alexandria menaiki kereta api. Dua kali naik kereta sepanjang 9 jam. Jauh dan memenatkan. Walaupun membeli tiket kelas satu tapi macam kelas empat di Malaysia. Rindu nak balik Malaysia. Kami menginap di rumah tumpangan anyah (Epy - anak saudaraku). Epy dan kawannya Dayang rajin melayan makan minum kami. Tempat penginapan mereka kemas dan cantik. Lega rasanya ada air panans. Tak le sejuk di malam hari. Di Alexandria kami melawat Alexandria ploratorlum iaitu sains fiksyen dan planetariumnya. Kemudian kami masuk maktabah(perpustakaan). Amboi besar dan bergaya librarinya. Di sini ada pameran tentang buku, kejadian sains, barang-barang tembikar, pakaian dan lukisan seperti pameran kesenian mesir(pakaian,seramik,pasu). Setelah penat menjelajah mantazah kami pergi shopping. Ahhh beli lagi...Kami makan ais krim...sedappppp

Pada 26/12/2010 kami melawat aquarium. Banyak ikan dan hidupan laut tapi buayanya Sg Nil kecilnya. Macam tak percaya. Di sebelahannya ada muzium artifak binatang. Binatang yang telah diawetkan seperti dinosur, ular, buaya dan sebagainya. Kami pergi shopping lagi. Kali ini mencari kain ela dan kain tudung. Aku sempat membeli jilbab. Hahhhhh dan tangkap gambar. Pada 27/12/2010 kami duduk rumah je.


Pada 28/12/2010, kami bersiap untuk pulang ke Malaysia. Kali ini kami menaiki bas. Ramai yang mahu menghantar kami pulang. Perjalanan memakan 10 jam. Ah penat rasanya. Makanan dah dimasak dan dipackkan. Bergerak sebelum asar dan kami dijangka sampai sebelum subuh. Berjaya samapai walaupun pada masa itu sudah ada rusuhan kecil berlaku di jalan-jalan raya. Takut tapi tetap berdoa akan keselamatan kami. Setelah sampai di Lapangan Terbang Cairo. aku bersyukur kerana Allah masih memberi daya upaya untuk kembali ke Malaysia. Oleh kerana Epy dan Dayang tidak sekapal terbang maka kami terpaksa balik dahulu. Sampai di Malaysia. kami menginap di Pan Pacific sementara menunggu Epy sampai esoknya. Alhamdulillah. aku bersyukur semua selamat sampai. Pada 29/12/2010 kami menaiki keretapi utnuk pulang ke Ipoh.

Tuesday, March 13, 2012

Zikrayat Vietnam


Setelah berpakat kami berenam bertekad untuk melawat Ho Chi Minh tetapi dalam hati semuanya gusar. Mampukah kami mengatasi masalah kegusaran itu? Dengan niat yang ikhlas untuk mengetahui dunia luar kami bersepakat sehati sejiwa walau apapun yang berlaku kata harus padu. Janji jangan dimungkiri.
Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Ho Chi Minh. Alhamdulillah. Kegusaran menjadi kegelisahan. Dengar cerita mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Macam mana? Dengan bahasa isyarat yang tanpa penanda dan makna aku mengutarakan jalan-jalan ke hotel idaman. Tersenyum kesemua kami. Hasrat tercapai tapi.......sampai ke...kami ke hotel? Hanya Allah yang mengetahui. Debab debuk hati makin mengendur apabila bayang-bayang hotel kelihatan. Sebelum itu jalan-jalan penuh dengan sungai, hutan, orang dan kerosakan suasana. Entah di mana ye. Alhamdulillah sekali lagi kami menjenguk ke tingkap....Oh....ini hotelnya. Sampai juga. Rasa gelisah timbul rasa resah...kenapa ye.. Yalah bagaimana nak shopping ye....tak tahu pula jalan menujunya. Gelengan kepala semakin memberatkan minda yang dah membeku sedikit.
Selepas pendaftaran kami bersepakat untuk Jalan-Jalan Intai Tempat.....Banyak juga information yang diberikan oleh penyambut tetamu dan cashier hotel. Alhamdulillah. Kami berjalan mengikut rentak kaki. Tiba-tiba mata kami terpaku melihat keanehan di jalan raya.  Pelik tetapi itu benar. Tiada lampu isyarat. Kereta dan motor bersimpang siur tapi tak ada kemalangan pun. Berundur dan bergerak ikut sesuka hati mereka aje....nak melintas tak tahu macam mana. Takut...pula yang menimpa. Ahhhh kita rempuh aje....Ohhh rupa-rupanya bila kita melintas mereka yang berkenderaan akan tiba-tiba memperlahankan kenderaan. Maka tak ada le kemalangan. Suspen suspen kami. Dah lihat barang-barang seperti kain, telekung, baju, beg, handbag dan banyak lagi. Terasa lapar le pula..Maklumlah dah nak malam....Perut terasa pedih tangan dah penuh juadah mana ye...nak cari makan. Teringatlah aku dengan KJ. KJ kami kata ada restoran Islam. Tanya punya tanya jumpa le...Jauh juga rasanya.
Perut dah diisi, hatipun senang. Balik tidur. Mata penat tapi mulut berkata-kata. Apa tidaknya. Terkenangkan periswa membeli barang. Entah bahasa apa tak tahu. Tunjuk geleng kalkulator pun berperanan juga akhirnya keputusan tercapai barang bertukar tangan wang bertukar bath.
Selama tiga hari di Ho Chi Minh ni, kami berasa bersyuukur Allah menjaga kami berenam...Alhamdulillah. Setelah puas kami pun pulang dengan hati yang puas. Insyallah kita jalan ke tempat lain pula....














Tuesday, February 28, 2012

Tinta Zafaron

Aku tanya pada jari jemariku
Apakah yang aku paksikan ia
Aku tanya pada mindaku
Apakah yang bersarang di dalamnya

Aku cuba mengulit sarap menyarap
Aku cuba menguris setiap sarap menyarap
Aku mengukir setiap ilmu yang ada
Aku cuba meninta apa kurasa

Apakah yang aku tahu
Apa yang aku mahu
Apa yang aku rasa
Apa yang aku minta

Minda, jariku, sarapku, ilmuku

Mampukah aku menerjang minda mengulit jemari

Akhirnya aku tidak mampu menjadi Zafaron
Akhirnya aku tidak mampu bertinta lagi

Mana Tinta Zafaron aku
Mana Mana Mana

Mesyuarat Pemantapan Kurikulum KDP 4M Peningkatan Prof (Zon Utara) 27-29Februari 2012

Setelah menerima surat untuk menghadiri Mesyuarat Pemantapan Kurikulum KDP 4M, aku dan rakan-rakan bersiap siaga ke Alor Setar Kedah. Sepanjang perjalanan Aina membacakan berita Buletin KGMB tentang IPGM. Mendengar rasa tidak puas hati Aina, aku tak sedar menekan minyak menyebabkan kereta bergerak 150. Wow terkejut aku apabila melihat kelipan lampu di hadapan. Aku memperlahan kelajuan kereta. An yang berada di sebelah mengurut-urut dada dan berharap kami tidak ditahan pihak JPJ. Dah lah dia tu darah tinggi. Aku tidak peka dengan kesihatan kawan-kawan. Apabila kami sampai di kawasan JPJ yang membuat sekatan, aku mengucap dan berdoa beratus-ratus kali agar tidak disaman. An dan Aina begitu juga. Cuma yang aku tak pasti Norma. Tidur lagilah nampak. Dia ni pantang jumpa sofa kereta. Bukan katil....
Alhamdulillah kami mengucap syukur selamat. Selepas tu.....ha apa lagi...An start le menunjuk arah. Kadang keluar suara kadang tangannya je yang menyulur menunjukkan meter kereta.

Sesampai kami di hotel Alor Setar, jam 2.00 petang. Awal lagi. Maka kami pun meronda-ronda. Tapi kami berjaya juga melepaskan geram nak makan telur ikan. Puas An dan Aina makan sepinggan. Aku menumpang je....Normah biasa le...makannya sikit. Semasa berbengkel, bertaklimat dan berdrama, macam-macam karenah kawan-kawan. Aku ada Khairul jadi dapatlah aku mengajar kawan-kawan bagaiman nak buat Skype....Oooo lepas tu...skype aje. Tapi yang pastinya Aina dan Morma, berkubur le Skype deme tu. Sekali sekali entah....tak pastilah....


Hari ketiga rasa malas nak balik bila dah dapat berkenalan dengan Pn Fauziah, En Lokman, Che....lupa aku. Ha...di sini juga aku jumpa Januri (bukan bulan Januari) sembang punya sembang tak sedar makanan dah habis. Tahniah sebab dia dapat kenaikan pangfkat. Itu dinamakan rezeki orang....Apa pun aku tetap bahagia dengan kejayaan mereka seperti Khairul dan Norehan. Semoga mereka lebih cemerlang lagi.












Mesyuarat ini berjalan selama 3 hari. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan iaitu Tatabahasa, Manuskrip, Kompetensi, Drama, Sastera, Inovasi dan Pembugaran. Setiap aktiviti yang disesikan mengikut kursus. Pengkhususan tajuk mengikut kepakaran para pensyarah. Pada hari pertama kali diperkenalkan dengan fasilitator mengikut kursus. Setiap fasilitator menyampaikan amanah P & P dengan penuh yakin dan berwibawa seperti Pn Faziah, En Lokman, En Sardi, En Mohamad, En Mohd Fauzi, dan En Bahtiar. Sesungguhnya komitmen mereka akan menjayakan KDP 4Minggu pada tahun ini. Kami dari IPG Kampus Ipoh terdiri daripada Tn Hj Rani, Tn Hj. Mokhtar, Hjh Nur Azah, Hjh Norehan, En Kamarulanuar, En Noor Azni, En Shamsudin, Pn Norainah, dan Pn Normah. Selama di Hotel Regency Alor Setar Kedah ini, kami amat bersungguh-sungguh untuk menyampaikan maklumat kepada semua guru di seluruh Perak dengan strategi dan pendekatan baru. Amin

Saturday, December 3, 2011

KURSUS PEMBUDAYAAN TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CEMERLANG DALAM PROGRAM MBM





Kursus ini diadakan di Hotel Quality Shah Alam. Bermula 2 November hingga 4 November 2011. Seramai 20 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu menghadiri kursus ini. Pengajaran membina blog amat merangsangkan minda kami dan ada juga yang mengalami keterujaan minda. Alangkah beruntungnya kami pada penghujung tahun 2011 kami dapat bersama-sama berkongsi idea, meluahkan perasaan dan menyampaikan hasrat serta menambah kualiti diri.

FORUM IPG PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 PIALA YAB DATO' SERI DR ZAMBRY ABD KADIR

Forum IPG Peringkat Kebangsaan 2011 telah berjaya dijalankan di IPG Kampus Ipoh pada 18 hingga 20 Oktober 2011. Pertandingan ini dapat menguji kerjasama dan kesepaduan dalam Jabatan Pengajian Melayu sendiri. Hakikat ini dapat kita lihat dalam AJK yang ditetapkan. Walaupun terdapat kekangan dan halangan komunikasi, namun pertandingan berjaya dilaksanakan dengan baiknya. Alhamdulillah