Friday, March 23, 2012

Mesir

KLIA,19/12/2010
bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur ke Cairo International Airport. Selamat sampai di lapangan terbang pada jam 10.00 malam. Jadual penerbangan jam 12.15 pagi menaiki Egypt Air dan lepak-lepak di lapangan terbang Kuala Lumpur. Selamat tiba di KLIA jam 3.50 petang. Kami menaiki Egypt Air jam 12.30 pagi. Sampai di Lapangan International Cairo,20/12/2010.Tiba di Lapangan Terbang Cairo jam 5.30 pagi. Menuju ke tempat penginapan. Selepas itu pada jam 10.00 pagi kami melawat Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Besar dan menarik. Dari situ kami pergi ke National Military Museum. Di sebelahnya ada Masjid Sulaiman. Cantik masjidnya. Tapi musim sejuk menyebabkan pemandangannya sayu sahaja. Selepas itu kami ke Masjid Ibnu Tholun. Masjid yang kena sumpahan. Inilah rupa masjid yang kena sumpah. Kemudian kami pergi ke Masjid Rifae dan Masjid Sultan Hassan yang berhadapan antara satu sama lain. Di sini kami melihat  Masjid Sultan Hassan yang mempunyai  4 bilik bagi 4 mazhab iaitu Mazhab Imam Syafie, Mazhab Imam Hanafi, Mazhab Imam Hambali  dan Mazhab Imam Ghazali. Di sini pada zaman dahulu merupakan tempat belajar untuk mempelajari agama Islam. Pada masa kini tempat ini hanya satu kawasan lapang sahaja. Kemudian kami ke Masjid Rafie yang meletakkan  makam Raja Farouk.  Di sini juga ada Masjid Imam Syafi. Di ini juga terletaknya makam Imam Syafie. Kita boleh melihat kesan tapak kaki Imam Syafie. Menarik bukan? Sampai di rumah tumpangan badan penat. Tak sempat nak mandi. Lagipun sejuk tak apa tak mandi. Tak ada bau pun.

Keesokan harinya kami bertolak dengan menaiki van yang disewa menuju Giza.(21/12/2010). Di Giza ada Pyramid. Luas dan sayup mata memandang. Setelah mebuat pembayaran kami pun masuk. Wow luasnya..Larat ke aku nak menjelajah tempat ini. Begitu besar Piramid ini. Setelah bergambar dan badan menjadi penat kami pun mula bergerak ke As-Safour. Di sini kami melihat kecantikan batu-batu permata dan kristal. Aku teringat Aina lalu membeli seuntai rantai tangan. Pada aku cantik padan dengan harganya. Kemudian kami bergerak ke Masjid Al-Azhar. Masjid Al Azhar ini ramai pengunjung yang datang. Ketika kami memasuki kawasan beribadah ini kami sempat solat dan dapat melihat penggambaran kuliah. Seorang ustaz yang saya tak kenal sedang memberikan kuliah dikeleilingi anak-anak muridnya. Setelah bergambar kami pun keluar. Selepas itu kami ke Masjid Saidina Husain. Masjid cucu Rasulullah. Banyak tulisan khat terukir di bangunannya. Cantik tulisan khat tersebut tetapi nak baca tak faham bahasa Arab. itulah malas belajar.

Pada 22/12/2010 kami ke Fayoum.
Di kawasan inilah terletaknya kebun-kebun sayur seperti kobis, karot, cili, dan banyak lagi. Begitu juga buah-buahan seperti limau. Buahnya besar dan manis. Setelah bergambar kami bertolak ke Tasik Qarrun. Tasik ini agak kotor dan begitu luas sekali. Airnya berombak-ombak seperti menyambut kedatangan kami. Airnya mengalir lembut. Hati aku sayu melihat kebakhilan manusia dulu dan kini pun masih ada lagi. Sehari perjalanan memang tak dapat nak melihat sepenuhnya Tasek Qarrun ini. Menurut ceritanya masih ada harta karun di tasek tersebut. Setelah menjamu selera kami bertolak Kincir Nabi Yusuf. Kincirnya masih cantik. Mungkin dijaga dengan baik. Di kawasan ini penuh dengan tahi kuda. Kuda merupaka pengangkutan utama rakyat di sini. Kawasannya tidak bersih. Ada banyak kedai kain. Aku apa lagi shopping le.... beli itu ini. Pada malam itu kami bertolak menuju ke Mansourah kami sampai lewat malam.

Sampai di sana kami menginap di rumah pelajar Malaysia yang menetap di sana iaitu Azah, dan khalida. Khalida ni rupanya anak murid aku...Dah besar dan cantik pula tu. Tarikh di Mansourah ialah 23/12/2010

Perancangan kami akan bertolak pula ke Port Said. Di sini merupakan kawasan kerang yang banyak lagi sihat. Sebab kerangnya gemuk.Sebelum balik singgah di pantai kutip kerang. Dapatlah kami seguni. Pelajar-pelajar yang turut serta kami mengangkat kerang untuk dimasak. Buat rendang kata mereka. Selepas itu kami shopping lagi.. Apa lagi akulah yang paling gembira. Tambahan pula kakak memberi wang tambahan.

Pada 24/12/2010 kami pergi makamtapi aku tak ingat makam sia[pa tapi makam ini adalah makan orang alim. Kemudian singgah kat ladang buah limau dan sayur kubis untuk tangkap gambar. Selepas itu, pergi menziarahi makam anak Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Di sini kami solat dan membacakan surah yasin. Selepas itu menziarahi makam anak Abu Bakar yang dikatakan oleh orang Yahudi anaknya telah memeluk agama lain. Makam ini ada dua ada di masjid dan di gereja. Hanya Allah yang tahu mana yang betul. Amin. Kemudian kami pergi ke  Raas Elbar. Di sini banyak menjual pakaian seperti jubah dan baju sejuk. Aku membeli beberapa pasang jubah dan baju sejuk.  Selepas itu kami bergerak ke tempat pertemuan sg. Nil dengan laut Mediterranean. Alangkah menakjubkan. pertemuan yang sama sekali tidak diduga. Airnya tidak bercampur antara masin dan tawar. Pelik tapi benar.



Pada 25/12/2010 kami bertolak ke Alexandria menaiki kereta api. Dua kali naik kereta sepanjang 9 jam. Jauh dan memenatkan. Walaupun membeli tiket kelas satu tapi macam kelas empat di Malaysia. Rindu nak balik Malaysia. Kami menginap di rumah tumpangan anyah (Epy - anak saudaraku). Epy dan kawannya Dayang rajin melayan makan minum kami. Tempat penginapan mereka kemas dan cantik. Lega rasanya ada air panans. Tak le sejuk di malam hari. Di Alexandria kami melawat Alexandria ploratorlum iaitu sains fiksyen dan planetariumnya. Kemudian kami masuk maktabah(perpustakaan). Amboi besar dan bergaya librarinya. Di sini ada pameran tentang buku, kejadian sains, barang-barang tembikar, pakaian dan lukisan seperti pameran kesenian mesir(pakaian,seramik,pasu). Setelah penat menjelajah mantazah kami pergi shopping. Ahhh beli lagi...Kami makan ais krim...sedappppp

Pada 26/12/2010 kami melawat aquarium. Banyak ikan dan hidupan laut tapi buayanya Sg Nil kecilnya. Macam tak percaya. Di sebelahannya ada muzium artifak binatang. Binatang yang telah diawetkan seperti dinosur, ular, buaya dan sebagainya. Kami pergi shopping lagi. Kali ini mencari kain ela dan kain tudung. Aku sempat membeli jilbab. Hahhhhh dan tangkap gambar. Pada 27/12/2010 kami duduk rumah je.


Pada 28/12/2010, kami bersiap untuk pulang ke Malaysia. Kali ini kami menaiki bas. Ramai yang mahu menghantar kami pulang. Perjalanan memakan 10 jam. Ah penat rasanya. Makanan dah dimasak dan dipackkan. Bergerak sebelum asar dan kami dijangka sampai sebelum subuh. Berjaya samapai walaupun pada masa itu sudah ada rusuhan kecil berlaku di jalan-jalan raya. Takut tapi tetap berdoa akan keselamatan kami. Setelah sampai di Lapangan Terbang Cairo. aku bersyukur kerana Allah masih memberi daya upaya untuk kembali ke Malaysia. Oleh kerana Epy dan Dayang tidak sekapal terbang maka kami terpaksa balik dahulu. Sampai di Malaysia. kami menginap di Pan Pacific sementara menunggu Epy sampai esoknya. Alhamdulillah. aku bersyukur semua selamat sampai. Pada 29/12/2010 kami menaiki keretapi utnuk pulang ke Ipoh.

No comments:

Post a Comment