Tuesday, February 28, 2012

Tinta Zafaron

Aku tanya pada jari jemariku
Apakah yang aku paksikan ia
Aku tanya pada mindaku
Apakah yang bersarang di dalamnya

Aku cuba mengulit sarap menyarap
Aku cuba menguris setiap sarap menyarap
Aku mengukir setiap ilmu yang ada
Aku cuba meninta apa kurasa

Apakah yang aku tahu
Apa yang aku mahu
Apa yang aku rasa
Apa yang aku minta

Minda, jariku, sarapku, ilmuku

Mampukah aku menerjang minda mengulit jemari

Akhirnya aku tidak mampu menjadi Zafaron
Akhirnya aku tidak mampu bertinta lagi

Mana Tinta Zafaron aku
Mana Mana Mana

Mesyuarat Pemantapan Kurikulum KDP 4M Peningkatan Prof (Zon Utara) 27-29Februari 2012

Setelah menerima surat untuk menghadiri Mesyuarat Pemantapan Kurikulum KDP 4M, aku dan rakan-rakan bersiap siaga ke Alor Setar Kedah. Sepanjang perjalanan Aina membacakan berita Buletin KGMB tentang IPGM. Mendengar rasa tidak puas hati Aina, aku tak sedar menekan minyak menyebabkan kereta bergerak 150. Wow terkejut aku apabila melihat kelipan lampu di hadapan. Aku memperlahan kelajuan kereta. An yang berada di sebelah mengurut-urut dada dan berharap kami tidak ditahan pihak JPJ. Dah lah dia tu darah tinggi. Aku tidak peka dengan kesihatan kawan-kawan. Apabila kami sampai di kawasan JPJ yang membuat sekatan, aku mengucap dan berdoa beratus-ratus kali agar tidak disaman. An dan Aina begitu juga. Cuma yang aku tak pasti Norma. Tidur lagilah nampak. Dia ni pantang jumpa sofa kereta. Bukan katil....
Alhamdulillah kami mengucap syukur selamat. Selepas tu.....ha apa lagi...An start le menunjuk arah. Kadang keluar suara kadang tangannya je yang menyulur menunjukkan meter kereta.

Sesampai kami di hotel Alor Setar, jam 2.00 petang. Awal lagi. Maka kami pun meronda-ronda. Tapi kami berjaya juga melepaskan geram nak makan telur ikan. Puas An dan Aina makan sepinggan. Aku menumpang je....Normah biasa le...makannya sikit. Semasa berbengkel, bertaklimat dan berdrama, macam-macam karenah kawan-kawan. Aku ada Khairul jadi dapatlah aku mengajar kawan-kawan bagaiman nak buat Skype....Oooo lepas tu...skype aje. Tapi yang pastinya Aina dan Morma, berkubur le Skype deme tu. Sekali sekali entah....tak pastilah....


Hari ketiga rasa malas nak balik bila dah dapat berkenalan dengan Pn Fauziah, En Lokman, Che....lupa aku. Ha...di sini juga aku jumpa Januri (bukan bulan Januari) sembang punya sembang tak sedar makanan dah habis. Tahniah sebab dia dapat kenaikan pangfkat. Itu dinamakan rezeki orang....Apa pun aku tetap bahagia dengan kejayaan mereka seperti Khairul dan Norehan. Semoga mereka lebih cemerlang lagi.












Mesyuarat ini berjalan selama 3 hari. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan iaitu Tatabahasa, Manuskrip, Kompetensi, Drama, Sastera, Inovasi dan Pembugaran. Setiap aktiviti yang disesikan mengikut kursus. Pengkhususan tajuk mengikut kepakaran para pensyarah. Pada hari pertama kali diperkenalkan dengan fasilitator mengikut kursus. Setiap fasilitator menyampaikan amanah P & P dengan penuh yakin dan berwibawa seperti Pn Faziah, En Lokman, En Sardi, En Mohamad, En Mohd Fauzi, dan En Bahtiar. Sesungguhnya komitmen mereka akan menjayakan KDP 4Minggu pada tahun ini. Kami dari IPG Kampus Ipoh terdiri daripada Tn Hj Rani, Tn Hj. Mokhtar, Hjh Nur Azah, Hjh Norehan, En Kamarulanuar, En Noor Azni, En Shamsudin, Pn Norainah, dan Pn Normah. Selama di Hotel Regency Alor Setar Kedah ini, kami amat bersungguh-sungguh untuk menyampaikan maklumat kepada semua guru di seluruh Perak dengan strategi dan pendekatan baru. Amin